Antara langkah-langkah keselamatan dan beberapa larangan yang perlu dipatuhi sewaktu menginap di FH:
- Sebagai langkah keselamatan, pihak FH mencadangkan supaya para tetamu yang menginap di FH agar dapat membawa kunci (mangga) sendiri. Ini bagi mengelakkan daripada berlaku kes-kes kecurian yang mungkin disebabkan kunci rumah yang telah diduplikasi oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya terlupa untuk membawanya, pihak FH menyediakan kunci tersebut; kunci sedia ada, atau yang baru (boleh dibawa pulang).
- Pihak FH tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan harta benda anda sewaktu menginap di FH.
- Tidak dibenarkan mengambil apa-apa barang dari FH.
- Apa-apa kerosakan yang berlaku hendaklah segera menghubungi pihak FH. Ganti rugi akan dikenakan sekiranya kerosakan itu berpunca dari pihak penyewa.